Penderitaan
kaum etnik Rohingya yang belum selesai dilihat semakin sukar di bendung.
Masyarakat Islam Rohingya terus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan
oleh pihak tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang melarikan
diri ke negara jiran seperti Bangladesh malah ada yang bertarung nyawa ke
negara yang lebih jauh.
2016
menyaksikan pertempuran antara tentera Tatmadaw dengan kaum Rohingya di Rakhine
yang telah mengorbankan banyak nyawa terutama kaum lelaki, dewasa dan
kanak-kanak yang disyaki sebagai militan.
Pertempuran
itu berlaku selepas 300 lelaki didakwa membunuh sembilan pegawai polis di sempadan
Myanmar dengan Bangladesh.
Orang
Rohingya dituduh bertanggungjawab dari bahasa yang mereka tuturkan.
Menurut
saksi pemerhati, pada ketika itu hak asasi manusia tidak diendahkan dan
pembunuhan dilakukan sewenang wenangnya apabila tentera Tatmadaw memasuki
kampung kampung rohingya.
Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu PBB telah menyerukan supaya semua pihak menahan diri
secara maksimum daripada meluaskan lagi pertempuran. Semestinya Pihak Rohingya
seperti akan menjadi mangsa kerana tidak mempunyai senjata ketika berlaku
pertempuran dengan pihak tentera yang serba lengkap..
Kaum Rohingya diisytiharkan tidak berwarganegara oleh Undang-undang Kewarganegaraan
Burma tahun 1982.
Mereka hanya layak memperoleh kewarganegaraan jika dapat membuktikan
nenek moyang mereka berada di Myanmar sekurang-kurangnya pada tahun 1832,
ketika itu negara tersebut dalam pemerintahan British.
Selain Rohingya, Di Myanmar terdapat 135 kumpulan etnik yang diiktiraf
sebagai warganegara.
Kaum Rohingya dianggap sebagai orang Benggala, dari Benggala Timur,
India yang kemudian menjadi Pakistan Timur dan Bangladesh walaupun pada umumnya
orang Rohingya lahir dan sedar bahawa negeri mereka adalah Arakan yang
merupakan salah satu wilayah terdapat di Myanmar.
Dengan
itu, secara rasminya, golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai
warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka
sendiri.

Susulan
keputusan tersebut, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul
dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.
Sejak
diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah
dinafikan hak pelajaran mereka.
Undang-undang
ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran,
malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran daripada tekanan ekonomi,
penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.
Tambah
menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di
antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya.
2012,
keganasan kaum antara penganut Buddha di Rakhine dengan orang Rohingya telah
mengorbankan 100 orang dan memaksa lebih 10,000 orang berpindah ke khemah
pelarian.
Menurut
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu PBB lebih 100 ribu orang Rohingya cuba
meninggalkan negara mereka sejak tiga tahun lalu.
Dalam
tempoh Januari hingga Mac tahun 2015, lebih 20 ribu yang mengharungi laut untuk
mendarat di Thailand, Malaysia dan Indonesia dengan mengakibatkan beratus-ratus
kematian.
Yang
pasti jika tidak ada tindakan segera seperti pasukan pendamai PBB bagi
melindungi mereka, kaum ini akan pupus dengan banyak kematian dan penderitaan
pada tahap krisis kemanusiaan.
Apabila
melihat cara pihak Myanmar menangani isu Rohingya, dapat dikesan bahawa mereka
mahu menghapuskan saja kumpulan etnik ini. Sama ada Rohingya dihalau keluar
atau mati terkorban, ia tidak menjadi soal bagi pihak Myanmar.
Jika
ini benar-benar berlaku, ia bukan saja tidak berperikemanusiaan tetapi
bercanggah dengan konsep sebuah negara bangsa moden. Selepas Perang Dunia
Kedua, peperangan, penjajahan dan perkauman sudah tidak dapat diterima oleh
manusia secara umumnya. Walaupun selepas Perang Dunia Kedua, usaha untuk
membebaskan dunia daripada peperangan, penjajahahan dan perkauman masih belum
berjaya sepenuhnya, tetapi ia tetap diusahakan.
Baru
baru ini…. Mesyuarat Tergempar Menteri-Menteri Luar OIC yang pertama
membincangkan permasalahan minoriti Islam Rohingya di Myanmar sejak tahun 1980.
Agenda tertumpu kepada isu pencabulan hak . Kali ini, walaupun mesyuarat turut
bincang isu Palestin dan mengeluarkan deklarasi mengenai kota Al-Quds Al-Sharif
yang dijadikan penempatan haram rejim Israel, tumpuan utama adalah penderitaan
minoriti Islam Rohingya.
Prihatin
nasib ummah Rata-rata negara OIC pada mesyuarat ini prihatin dengan nasib ummah
dan bertekad mencari jalan penyelesaian masalah Rohingya.
Bantuan
kewangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri sewaktu ucaptama beliau di
mesyuarat itu disahut beberapa negara OIC lain. Pakistan menjanjikan AS$5 juta
diikuti Emiriah Arab Bersatu UAE, yang menjanjikan AS$1.717 juta juga bagi
tujuan pembangunan wilayah Rakhine.
Indonesia,
yang turut dibanjiri pendatang Rohingya selepas tercetusnya konflik di wilayah
Rakhine pada 2015, telah menyediakan 10 kontena bantuan kemanusiaan ke wilayah
terbabit selain beberapa resolusi
Namun
apa yang lebih penting ialah, negara OIC kini peka dengan permasalahan ini dan
telah bersatu untuk membantu minoriti Islam Rohingya.
Kerajaan
Myanmar yang baharu di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi, perlu ubah kepahitan
masa silam minoriti ini dan memberikan mereka harapan untuk masa hadapan di
Myanmar.